Dasawarsa ini, isu kemalangan jalan raya yang semakin meruncing sering menjadi fokus perbincangan dan mauduk utama akhbar - akhbar di Malaysia. Fenomena ini kian kritikal dan menggusarkan fikiran masyarakat. Peratus kes kemalangan ini terus meningkat dari setahun ke setahun, terutamanya pada musim perayaan. Hal ini disebabkan anggota masyarakat di Malaysia begitu ghairah untuk pulang ke kampung halaman masing-masing dengan perasaan bagai digamit rindu sehingga mengabaikan kepentingan peraturan di jalan raya. Senario yag menggemparkan ini tidak boleh dibiar berterusan. Justeru, sebelum nasi sudah menjadi bubur, marilah kita mengkaji punca yang menyebabkan berlakunya agar dapat menangani masalah ini dengan efisien.
Antara punca utama kemalangan termasuklah kecuaian pemandu sendiri ketika menggunakan jalan raya. Ramai pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk dan mengantuk. Hal ini disebabkan pemandu bersikap mementingkan diri, tidak sabar ketika berada di jalan raya dan tidak mematuhi peraturan jalan raya. Selain itu, pemandu sering menggunakan telefon bimbit ketika memandu. Penggunaan Global Positioning System GPS dalam kenderaan juga boleh mengundang maut. Secara tidak langsung, pemandu bukan sahaja mempertaruhkan nyawa sendiri malah nyawa pengguna jalan raya yang lain. Misalnya, satu nahas jalan raya di Kota Bharu. Usia baru setampuk pinang, tiga sekawan maut di tempat kejadian apabila merempuh kenderaan lain dan dipercayai telah memandu kereta dengan laju. Kebanyakan pemandu mahupun penunggang motosikal yang bersifat delinkuen gemar memandu melebihi had laju. Sifat ini dikaitkan dengan kata pepatah, ikut hati mati, ikut rasa binasa.
Selain itu, kemalangan jalan raya juga disebabkan kebanyakan pemandu tidak mempunyai lesen memandu. Sesetengah pemandu juga menggunakan lesen memandu yang palsu. Oleh itu, apabila tidak memiliki lesen yang sah, maka pemandu tersebut sudah semestinya tidak cekap dan tidak biasa memandu kenderaan. Hal ini akan mengakibatkan kemalangan. Lantas, seseorang yang tidak mempunyai lesen memandu dinasihati supaya tidak memandu di jalan raya.
Kelalaian pemandu sebelum memulakan perjalanan juga menyumbang kepada punca berlakunya kemalangan jalan raya. Mereka sering alpa untuk memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan yang baik dan tidak menghantar kenderaan tersebut untuk diselenggara di pusat servis. Natijahnya, kenderaan mereka tidak diservis. Sebagai contohnya, tayar yang "botak" akan mengakibatkan kereta itu mudah hilang kawalan terutamanya ketika hujan dan seterusnya mengundang malapetaka kepada pemandunya. Bak kata pepatah, malang tidak berbau. Oleh itu, kesan daripada manusia yang alpa dan tidak mengambil berat keadaan kenderaan mereka itu menyebabkan kemalangan tersebut berlaku.
Seterusnya, kemalangan jalan raya disebabkan oleh kemelut yang dihadapi pengguna jalan raya. Kondisi jalan raya yang tidak baik menyebabkan jalan raya menjadi lebih bahaya ketika waktu hujan turun. Jalan raya yang berlubang dan tidak rata menyebabkan tayar kenderaan tidak dapat mencengkam permukaan jalan raya. Kesannya, kenderaan mudah hilang kawalan dan terbabas lalu berlaku peristiwa ngeri. Peristiwa ngeri ini akan bertambah menjelang hari perayaan dan semakin berleluasa tanpa titik noktahnya. Jelaslah bahawa struktur jalan raya yang kurang memuaskan dan tidak diselenggara dengan baik menyebabkan kemalangan maut.
Seperkara lagi, penguatkuasaan undang - undang yang lemah juga merupakan salah satu punca berlakunya kemalangan jalan raya. Denda dan kompaun sebanyak RM 300 bagi kesalahan berat seperti memandu melebihi had laju, melanggar lampu isyarat merah tidak berkesan kerana pemandu mampu membayar denda tersebut. Selain itu, Ops Sikap dan sekatan jalan raya hanya giat dijalankan ketika musim-musim perayaan. Impaknya, pemandu tidak gentar melakukan kesalahan di jalan raya kerana mereka mampu membayar denda yang dikenakan dan beranggapan operasi hanya dilakukan seperti melepaskan batuk di tangga sahaja dan tidak diimplimentasikan dengan bersungguh-sungguh.
Kesemua di atas merupakan antara punca kemalangan jalan raya semakin meningkat di negara kita. Pengguna jalan raya haruslah lebih berwaspada ketika hendak memulakan perjalanan dan memandu kenderaan dengan cermat kerana pandu cermat jiwa selamat. Sekiranya masyarakat mengimplimentasikan kewajipan masing-masing, barulah keselamatan setiap pengguna dapat dijamin. Oleh itu, setiap lapisan masyarakat dan pihak berkuasa haruslah menggembleng tenaga dan berganding bahu untuk memastikan kadar peningkatan kemalangan maut dapat ditangani dengan berkesan. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih. Dengan ini, diharapkan agar masyarakat di Malaysia dapat hidup sejahtera tanpa dibelenggu oleh masalah keselamatan jalan raya. Maka, aspirasi negara kita untuk mencapai Wawasan 2020 dapat digapai dan digenggam erat.
xx
Nice its really help me
ReplyDeleteGlad it helped! :)
DeleteU punya karangan was really good.....even u r chinese but your essay was much better n superb than the malayss....i love it babee....
DeleteSiyes arr
DeleteSaya suka karangan ini...
ReplyDeleteBagi saya... ini karangan yg trbaik
Terima kasih! :)
DeleteSaya suka karangan ini...
ReplyDeleteBagi saya... ini karangan yg trbaik
thanks for ur karangan !
ReplyDeleteYou're most welcome! :-)
DeleteNotice me senpai
ReplyDeleteNoticed xoxox
DeleteLove you so much thanks..... (bTωT)b
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteLove you so much thanks..... (bTωT)b
ReplyDeleteAww :')
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletewow kreatifnya awak menulis karangan, mmg terbaik :D
ReplyDeleteTerima kasih :))
DeleteTq sis...:)
ReplyDeleteNo problem! :)
DeleteApa maksud ops sikap?? Please reply
ReplyDeleteOps sikap ialah operasi keselamatan jalan raya yang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia bagi memastikan keselamatan pengguna jalan di Malaysia semasa musim-musim perayaan.
DeleteAntara langkah yang diambil semasa Ops Sikap termasuklah:
- pemantauan khusus bas ekspres
- pemantauan menggunakan kereta ronda tidak bertanda dan menara pemerhati di lebuh raya
- mengurangkan had laju di jalan persekutuan (90 km/j kepada 80 km/j) dan jalan negeri (80 km/j kepada 70 km/j)
- menyekat kenderaan berat daripada jalan pada hari tertentu
This comment has been removed by the author.
DeleteTerima kasih
DeleteSama :)
DeleteUsia baru setampuk pinang maksud apa ??? Saya tdk dapat cari 'setampuk' d dalai kamus
ReplyDeleteUsia baru setampuk pinang means usia muda
DeleteVery good.... thumbs up��
ReplyDeleteThank you!
DeleteWews! karangan ni memang useful and banyak menggunakan peribahasa, isi pun banyak and bagus. I give ya 5 stars. Thank you so mutchesss! :D (Y)
ReplyDeleteGreat essay it helps a lot TQ 😁
ReplyDeleteheads off to your essay
ReplyDeleteKarangan awak membantu saya😊😊
ReplyDeleteIlmu yang sangat berguna dan banyak membantu calon peperiksaan :) wish me luck sis :)
ReplyDeleteTerima Kasih!!
ReplyDeletewe can actually use the word "botak" in our karangan? well..thats new to me. thanks!
ReplyDeleteYou can use all ordinary words that daily used in our life but must be bracket with "X"
Deletekesah
ReplyDeleteThank you,it was amazing!😋
ReplyDeleteMahir👏
ReplyDeletekarangan terbaik
ReplyDeleteAda kesalahan sedikit
ReplyDeleteHal ini disebabkan kerana
Tu je karangan awak dah terbaik
Nice work
ReplyDelete👌
ReplyDeleteNice !
ReplyDeleteno
ReplyDeleteTq , its helped me vry much !😭❤
ReplyDeleteTq , its helped me vry much !😭❤
ReplyDeleteTq , its helped me vry much !😭❤
ReplyDeleteTq sis
ReplyDeleteVERY NICE ESSAY.REALLY WELL DONE.THANKS FOR HELPING ME
ReplyDeleteMantul sis
ReplyDeleteKarangan ni mmg tlng saya , thank u
ReplyDeleteWonderfil essay sis..
ReplyDeletetq n very nice essay
ReplyDeleteTerima kasih untuk karangan ini,karangan ini menolong saya untuk membuat kerja rumah
ReplyDeletetq so mch for helping us
ReplyDeleteur essay is the best tq
Hye cikgu, Hye semua semoga kita dipermudahkan menjawab SPM 2020/21 dengan adanya bahan rujukan ni . Halalkan point2 yang saya ambil ni ya ^-^ thankiu and goodluck batch 03!
ReplyDeletenervousnya esok nak jawap bm...
DeleteGeng batch 03 fighting!!!
DeleteI predict this going to come out
ReplyDeletePrediction only spm paper 1
I love your wssay ✌😘✌😘✌
ReplyDeletehow much words?
ReplyDeleteterima kasih, karangan ni bnyk membantu sya ! sya exam bm paper 2 esok :')
ReplyDeletewish me luck yall HAHAHA
and to all spm candidates, all the best ! <3
Thank you so much...its really helped me during my PAT exam...really thank you so much <3
ReplyDelete