Wednesday 13 May 2015

Impian Saya dan usaha yang akan saya lakukan untuk mencapainya

Isi 1

Impian saya semasa belajar di sekolah menengah ialah ingin menuntut di universiti terkemuka di luar negara. Misalnya, Universiti Cambridge di London. Saya ingin melanjutkan pelajaran dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Kedoktoran sekaligus mengambil PHD. Untuk mencapai impian tersebut, usaha mapan akan dilakukan seperti belajar bersungguh-sungguh semasa di sekolah. Saya akan sentiasa menumpukan sepenuh perhatian semasa guru mengajar dan tidak ponteng sekolah. Selain itu, saya akan menghadiri kursus motivasi dan bengkel kecemerlangan. Akhir sekali, saya akan belajar secara berkumpulan dan rajin bertanya. Cecil B DeMile pernah berkata" Orang yang berjaya dalam hidup ialah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepada tujuan itu tanpa menyimpang."

Isi 2

Selepas menuntut di universiti yang diidami, saya mempunyai impian untuk memiliki kerjaya yang mantap. Saya ingin bekerja dalam bidang profesionalisme. Dengan pekerjaan yang baik, saya akan mendapat pendapatan yang lumayan. Untuk mencapai impian tersebut, saya akan berusaha mendapat pekerjaan yang bersesuaian dengan kelayakan saya. Saya akan terus berusaha tanpa menyerah kalah. Saya juga akan mengikuti kursus bahasa Mandarin, bahasa Inggeris, kursus komputer dan bahasa Melayu. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda," Tuntutlah ilmu sehingga negara China." Sebegitu juga Albert Einstein yang mengungkapkan,"Semakin banyak ilmu yang dipelajari, semakin banyak yang tidak diketahui."

Isi 3

Impian yang seterusnya, saya ingin memiliki aset sendiri. Saya berharap untuk membeli sebuah rumah banglo dan memiliki sebuah kereta mewah. Untuk merealisasikan aspirasi itu, saya akan membanting tulang dan berusaha keras dalam alam pekerjaan. Di samping itu, saya akan menjalankan sebuah perniagaan bagi meningkatkan sumber pendapatan. Saya juga akan membuat pelaburan. Hamka pernah berkata "Cita-cita membawa manusia ke gerbang kemuliaan, angan-angan membawa manusia terjerumus ke lembah kehinaan."

Isi 4

Impian saya yang terakhir ialah membalas jasa ibu bapa saya dan membina keluarga yang bahagia. Saya ingin membalas jasa ibu bapa saya kerana menjadi benteng pertahanan dan pendorong kejayaan saya. Tanpa kasih sayang bak menatang minyak yang penuh, saya tidak mungkin berjaya. Setelah saya dewasa juga, saya ingin membina keluarga bahagia dan mendidik anak-anak saya dengan sifat-sifat yang boleh dijadikan pedoman dalam hidup. Lantas, bermula sekarang, saya akan sentiasa berdoa untuk kesejahteraan keluarga. Saya juga akan meluangkan masa untuk keluarga saya.


xx




Anda mungkin meminati juga:

10 comments:

  1. Saya tak bersependapat bahawa hadis Rasullulah S.A.W yg bersabda "Tuntutlah ilmu sehingga negara China" adalah sahih ataupun bukti ianya drpd perawi hadis yg sah. Walaupun ianya tidak melibatkan isu akidah namun pnyelewengan trhdap hadis ttp akan berlaku jadi kita dinasihatkan spy berhati2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum saudara. Mmg betul ckp saudara tentang hadis tersebut. Tetapi Ulama' telah sebulat suara menyatakan bahawa ianya tidak salah untuk menggunakan hadis tersebut walaupun ianya bukan daripada Nabi Muhammad sendiri kerana hadis ini telah masuk ke hukum hadis yg terkenal. Jadi ianya tidak berdosa kerana saudari kita tidak berniat untuk melakukan keburukan, sekadar memperindah karangannya. Harap saudara tidak terguris dan sekiranya ada, maafkanlah sy kerana menegur.

      Delete
  2. such a inspired to me 💖

    ReplyDelete
  3. kalo kamu bukan islam kenapa kamu mau mendengarkan ajaran² islam bahkan sampe kata² kutipannya pun mau dibaca

    ReplyDelete